Tadi pergi menghantar abg aku ke stesyen LRT, beliau mahu pulang ke Penang. Dah macam mak orang aku rasa mengangkut sekali 2 ekor anak-anak sedara aku yang sibuk nak membuntut. Dan itu memang telah menjadi rutin aku setiap malam Ahad pun.
SO balik dari situ aku pun decided nak belanja anak sedara aku western food sebab ari jadi dia 8May aritu. Coz aku tak beli hadiah pun. Sebab dia orang ni pun bukan reti jaga barang punya. Tapi kalao makan memang tak rugila aku nak belanja. Mereka memang orang-orang yang menghargai perut sendiri.
Diaorang ni memang mat saleh habes. Nasik tak makan. Roti, roti, coco crunch, hotdog, grilled cheese burger, hari-hari. Tiap-tiap minggu at least mesti Pizza. Tak paham. Tapi aku join je. Hahaha. Patu kalo tv mesti hannah montana, high school musical, zack cody,. Buas pun macam anak mat saleh. Lepas je dah tengok backyard science tuh, ha sibuklah juga nak buat apa yang anak-anak mat Saleh tuh buat lam tv tuh. Haish rimas aku.
Eh aku ngarut jauh dah nih. Ekceli tadi punyalah penat carik kedai ada western kan. Ada satu kedai feveret kitorang ni makanan dia boleh pulak habis, then kitorang tetap nak jugak western food gagah pergi mencari jugak, cari punya carik sampai nak givap dah ni mencari kedai. Sampai kata kalau takdek lagi kita pergi Mcd jelah. Semua kedai kitorang pergi semua takde. Mati akal sekejap. Patu aku tetibe teringat kalau Mamak selalunya mesti ada kan. Akhirnya sampai-sampai je kedai mamak tuh,
" Ane, sini ada western tak ? "
" Sorry, tak ada. "
+ Hampa. Tapi macam tak nak percaya. Dan tanya lagi. +
" Itu chicken chop? "
" Ada ada. "
Ape-apelah ane.~
End of story kami dengan girang mengorder 2 lamb chop dan 1 chicken chop , teh o ais limau, tembikai ais, dan sirap ais, dan makan dengan penuh bergaye.
Ini cerita Shela Bergaye No 4. Hahaha. Sekian.
4 days ago



0 comennista .:
Post a Comment